Tuesday 20 August 2013


PERBEZAAN ANTARA SEDEKAH TERANG DENGAN TERSEMBUNYI:

Terdapat ayat Al-Quran mengatakan bersedekah secara nampak adalah lebih baik. Tetapi ada juga ayat Al-Quran yang lain mengatakan secara tersembunyi lebih baik:

Mafhumnya:
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka Yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh Yang baik). dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa Yang kamu lakukan.
(Surah Al-Baqarah : 271)

Para ulama’ Islam telah mempergunakan Nas atau sumber ini untuk menggalakan bersedekah secara terang bagi sedekah-sedekah fardhu iaitu, zakat supaya bebas dari pertuduhan tidak menunaikan zakat.
Adapun bagi sedekah-sedekah sunat atau sedekah biasa maka dia bergantung kepada 2 keadaan:
1-       Apabila ia boleh membawa kepada unsur riak dan menunjuk-nunjuk, yang boleh menjadikan seorang merasa bangga, maka bersedekah secara tersembunyi itu lebih utama,
2-       Sekiranya seseorang itu bersedekah secara terang-terangan dengan niat sebagai contoh kepada orang untuk menggalakkan amalan bersedekah, maka sedekah secara terang-terangan lebih utama.

 SUMBER:

ABDULLAH AL-QARI B. HAJI SALLEH (A.QHA.S)

No comments:

Post a Comment