Monday 2 September 2013

SEDEKAH WAJIB DAN SEDEKAH SUNAT

Sedekah itu terbahagi kepada 2 bahagian :
  1. Sedekah Wajib : di mana individu dituntut secara wajib dan lazim (mesti).
  2. Sedekah Sunat : di mana umat Islam (jemaah) dituntut secara sukarela dan digalakkan
1. Sedekah Wajib

Terdapat beberapa jenis sedekah wajib antaranya,
  • Zakat
Berdasarkan firman Allah Ta'ala ;

Mafhumnya:

"Dan orang-orang yang dalam harta mereka ada hak (tuntutan) yang ditentukan. Bagi peminta-peminta dan orang-orang yang tidak suka meminta (orang miskin yang menjaga maruah)''.
[ Al-Ma'arij : 24-25 ]

Juga berdasarkan sabda NAbi s.a.w. :

بني الإسلام على خمس  شهادة أن لآ إله إلا الله وأن محمدا  رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت من استطاع إليه سبيلا

Maksudnya: 

''Islam dibina di atas lima asas : pengakuan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah; dirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menuanaikan haji ke Baitullah bagi siapa yang mampu samapai kepadanya''. 


  • Nadzar :
Jika seseorang islam bernadzar untuk bersedekah kepada orang-orang fakir ( berikutan seseuatu peristiwa ) maka dia wajib disempurnakan berdasarkan firman Allah :
Mafhumnya:

              " Dan hendaklah mereka menyempurnakan nadzar-nadzar mereka."
 ( Al Hajj : 29 )


  •  Kaffarah 
Bermaksud apa yang diwajibkan oleh Allah ke atas seseorang islam dengan memberi makan kepada orang-orang miskin atau bersedekah kepada orang-orang fakir jika melanggari hukum Syara' dalam berpuasa, berhaji atau dalam bersumpah untuk menghapuskan kesalahan atau dosa. Allah berfirman :
Mafhumnya:

                .....atau kifarat dengan memberi makan orang-orang miskin."

[ Al-Maa'idah : 95]

  •  Qurban 
 Menyembelih ternakan tertentu di Hari Raya Haji. Berdasarkan firman Allah :

Mafhumnya:


                 " Maka bersembahyanglah ( Hari Raya ) kerana membesarkan Tuhan engkau dan sembelihlah (qurban)."

[ Al-Kauthar : 2]

  •  Zakat Fitrah 
 Berdasarkan Hadith Nabi s.a.w :


فرض رسول الله (ص) زكاة الفطر من رمضان صاعا من تمر أو صاعا من شعير 
على العبد والحر والذكر والأنثى والصغير والكبير من المسلمين 

Maksudnya : Rasulullah s.a.w telah memfardhukan zakat Fitrah di bulan Ramadhan (dengan mengeluarkan) segantang tamar atau segantang gandum (atau beras bagi penduduk Nusantara), wajib ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, wanita, kanak-kanak (oleh bapanya) dan orang dewasa kalangan orang Islam.
[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

  •  Membantu orang-orang yang lapar dan berhajat 

Agama Islam sangat menitik beratkan urusan ini dan mengancam orang-orang kaya yang tidak mengendahkan untuk membantu orang yang lapar dan yang berhajat dengan sabda Nabi s.a.w :

ما آمن بى من بات شبعان وجاره جائع إلى جنبه وهو  يعلم به


Maksudnya : Tidaklah beriman kepadaku (dengan sempurna) orang yang dapat bermalam dalam keadaan kenyang; sedangkan jiran di sampingnya berlapar; padahal dia mengetahuinya.
[H.R, At-Tabaraani dan Al-Bazzar]

2. Sedekah Sunat :

 Terdapat beberapa sedekah ini antaranya ialah :


  • Wakaf Taburan dan Kebajikan :    

Iaitu sedekah secara berterusan di mana terdapat hadith yang menyebutkan dengan jelas dalam Hadith Nabi s.a.w :

إذا مات ابن آدم انقطع ععمله إلا من ُلاثة : إلا من صدقة جارية ، أو علم ينتفع به أو ولدد صالح يدعو له


Maksudnya : " Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalan nya kecuali tiga perkara : iaitu sedekah jaariah , ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang sentiasa berdoa untuknya."


  • Harta yang diwasiyatkan
Iaitu orang islam disuruh berwasiyat terhadap hartanya sebelum mati dengan had 1/3 bahagian untuk saluran kebaikan dan kebajikan, berdasarkan firman Allah:

Mafhumnya:
" Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang di antara kamu hampir maut, jika dia meninggalkna harta yang banyak, hendaklah dia berwasiyat untuk ibu bapa dan kerabat secara ma'ruf (menurut Syara' )"
[ Al-Baqarah: 180]

SUMBER:
Abdullah Al-Qari b. Haji Salleh



          
               

No comments:

Post a Comment