Peraturan atau adab bersedekah ialah :
- Hendaklah bahan sedekah itu daripada usaha yang halal lagi bagus; kerana sesungguhnya Allah itu bagus dan tidaklah Dia menerima melainkan yang bagus, di mana Allah Ta'ala berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفَقُوا ِمن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman, berbelanjakanlah rezeki yang bagus-bagus daripada apa yang kamu usahakan"
[ Al-Baqarah : 267 ]
- Hendaklah bahannya daripada sebaik-baik harta dan yang paling elok, berdasarkan firaman Allah :
"Tidaklah sekali-kali kamu akan mencapai kebaikan sehinggalah kamu berbelanja daripada apa yang kamu sayangi"
[ Al-Imran : 92 ]
- Janganlah bersedekah dengan tujuan memperoleh balasan yang lebih banyak, berdasarkan firman Allah :
"Dan janganlah engakau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak"
[ Al-Mud-Dathir : 6 ]
- Hendaklah bersedekah menurut keutamaan: mengutamakan keluarga yang lebih berhajat; kemudian yang berhajat (keluarga dan baru yang lain), berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
"Bersedekah kepada orang miskin itu ialah suatu sedekah; sedangkan sedekah itu apabila diberikan kepada kerabat berupa dua : sedekah dan hubungan keluarga".
[ H.R.Ahmad dan At-Tarmizi ]
- Jauh dari membangkit-bangkit pemberian dan menyakitkan hati, berdasarkan firman Allah :
"Perkataan yang baik dan kemaafan lebih baik daripada sedekah diikuti dengan menyakitkan hati".
[ Al-Baqarah : 263 ]
SUMBER
Abdullah Al-Qari b. Haji Salleh