Wednesday 26 June 2013

FADILAT SEDEKAH



Firman Allah SWT :

Mafhumnya : 

"Perbandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya di jalan Allah, adalah sebanding sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir; pada setiap butirnya (dapat pula) melahirkan seratus biji. Sedang Allah (boleh) melipatgandakan (ganjaran) kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Luas (kurnianya dan pemberianNya) lagi Maha Mengatahui."
(Al-Baqarah : 26)

Tafsiran mengatakan bahawa dengan perbandingan ini Allah hendak melipatgandakan pahala kepada orang-orang yang bersedekah; dan sesungguhnya siapa yang berbelanja di jalan Allah dan menggunakan harta di jalan-jalan kebaikan, maka sesungguhnya kebaikan itu akan digandakan daripada sepuluh kebaikan kepada tujuh ratus ganda; dan Allah menggandakan (menambahkan lagi pergandaan) kepada siapa yang Dia kehendaki menurut kemampuan orang yang berbelanja dan kegemarannya kepada simpanan yang ada di sisi Allah; dan juga berdasarkan (tingkat) keikhlasan niat.

Bersedekah itu merupakan suatu amalan yang disanjungi Allah Ta'ala:


Mafhumnya:

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka Yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh Yang baik). dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa Yang kamu lakuka
(Al-Baqarah: 271)

Sedekah itu membersihkan tuanya daripada segala dosa berdasarkan firman Allah:


Mafhumnya:

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
 (At-Taubah:103)


Sedekah itu akan menambahkan harta; dan tidaklah dia akan menguranginya, di mana Allah telah berfirman:

Mafhumnya:

Dan apa jua Yang kamu dermakan dari harta Yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
(Al-Baqarah:272)



Antara faedah-faedah bersedekah ialah:

  • Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan miskin terhadap golongan berharta dan kaya.
  • Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.
  • Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan akan hilanglah kecelakaan.
  • Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan. Ini menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat
  • Sesungguhnya sedekah itu merupakan suatu sebab bagi meluaskan rezeki, memanjangkan umur dan menolak bala-bencana,

HADIS-HADIS TENTANG KELEBIHAN BESEDEKAH


  • باكروا بالصدقة فإن البلاء لا يتخطى الصدقة
"Bersegeralah kamu untuk bersedekah;kerana sesungguhnya bala-bencana itu tidak lah akan melangkah (melintasi) sedekah.''
[H.R.Al-Baihaqi; Marfuu']



  •  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الساعي على الأرملة والمسكين كالمجاهد في سبيل الله كالقائم لا يفتر وكالصائم لا يفطر


Maksudnya : Orang yang mengusahakan bantuan ( pertolongan ) bagi ganda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang yang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
( Hadis Riwayat : Imam Bukhari )

  • قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : حصنوا أموالكم بازكاة، وداووا مرضاكم بالصدقة، وأعد للبلاء الدعاء

Maksudnya : Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit ( dari kalanganmu ), dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
( Hadis Riwayat : Imam Ath-Thabrani )


SUMBER
hrc.eng.upm.edu.my/_tazkirah/4-sedekah.pdf.
Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh


Wednesday 19 June 2013

بسم الله الرحمن الرحيم


....السلام عليكم ورحمة الله


PENGERTIAN SEDEKAH

Sedekah Menurut Bahasa

Perkataan sedekah berasal daripada kata kerja : صدق يصدق صدقا صدقا تصداقا صدقة. Perkataan "صدق" ini mempunyai beberapa maksud, antaranya ialah seperti berikut :

  1. "صدق" bererti benar, lawan kepada "كذب" bererti dusta.
  2. "صدق" bererti lurus.
  3. "صدق" bererti : " الجامع للأوصاف المحموده", ''maksudnya orang mempunyai sifat terpuji dan sempurna". (Ibn Manzur, 1996;12:61-62).


Sedekah Menurut Al-Quran

Al-Quran menggunakan perkataan sedekah dalam pelbagai ayat. Hal ini dapat difahami daripada beberapa nas seperti berikut :

  1. Firman Allah SWT:
Mafhumya:

ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
(Surah At-Taubah 9:103)



    2. Firman Allah SWT:

Mafhumnya:

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Surah At-Taubah 9:60)



Sedekah Menurut Sunah

Sunah menggunakan perkataan sedekah dalam pelbagai ayar. Hal ini dapat difahami daripada beberapa nas berikut:

  1. عن بن عبا رضي الله تعالى عنهما عن النبي صلى الله عليهوسلم معاذا رضي الله تعالى عنه إلى اليمن فقال ادعهم إلى شهادة أن لا إله إلا الله وأني رسول الله فإن هم أطاعوا لذلك فأعلمهم أن الله قد افترض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة فإن هم أطاعوا لذلك فأعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة في أموالهم ت}خذ من أغنيائهم وترد على فقرائهم
Maksudnya:

Daripada Ibn Abbas r.a bahawasanya Nabi SAW telah memutuskan Mu'az r.a ke Yaman lalu baginda bersabda: hendaklah engkau menyeru mereka kepada syahadah, bahasanya tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Akulah Rasulullah. Sekiranya mereka mentaatinya maka hendaklah kamu memberi tahu kepada mereka bahawasanya Allah SWT telah memfardukan ke atas mereka solat 5 waktu sehari semalam. Sekiranya mereka mentaatinya maka hendaklah engkau memberi tahu kepada mereka bahawasanya Allah SWT telah memfardukan ke atas mereka sedekah pada harta-harta mereka yang diambil daripada yang kayan dalam kalangan mereka dan dibahagikan kepada orang fakir dalam kalangan mereka.
(Al-Bukhari 1377H,2:130)


2.

 عن حكيم بن حزام رضي الله تعالى عنه قال يا رسول الله أرأيت أشياء كنت أتحنث بها       في الجاهلية من صدقة أو عتاقة وصلة الرحم  
فهل فيها من أجر فقال النبي صلى الله عليه وسلم أسلمت على ما سلف من خير

Maksudnya: 

Daripada |Hakim Ibn Hizam r.a berkata: Aku berkata: wahai Rasulullah, apakah jawapan anda terhadap beberapa perkara yang saya lakukan sebagai ibadat semasa jahiliah seperti sedekah, memerdekan hamba, dan silaturahim? Apakah ada ganjaran pahala padanya? Lalu Nabi SWT bersabda: anda menganut Islam bersama-sama dengan kebaikan yang silam.
(Al-Bukhari 1377H,2:130)