Tuesday 9 July 2013

PERATURAN BERSEDEKAH

Peraturan atau adab bersedekah ialah :


  • Hendaklah bahan sedekah itu daripada usaha yang halal lagi bagus; kerana sesungguhnya Allah itu bagus dan tidaklah Dia menerima melainkan yang bagus, di mana Allah Ta'ala berfirman :                    

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفَقُوا ِمن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ               

"Wahai orang-orang yang beriman, berbelanjakanlah rezeki yang bagus-bagus daripada apa yang kamu usahakan"
[ Al-Baqarah : 267 ]
     
  • Hendaklah bahannya daripada sebaik-baik harta dan yang paling elok, berdasarkan firaman  Allah :
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ

"Tidaklah sekali-kali kamu akan mencapai kebaikan sehinggalah kamu berbelanja daripada apa yang kamu sayangi"
[ Al-Imran : 92 ]

  • Janganlah bersedekah dengan tujuan memperoleh balasan yang lebih banyak, berdasarkan firman Allah :
وَلاَ تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ

"Dan janganlah engakau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak"
[ Al-Mud-Dathir : 6 ]

  • Hendaklah bersedekah menurut keutamaan: mengutamakan keluarga yang lebih berhajat; kemudian yang berhajat (keluarga dan baru yang lain), berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
الصدقة على المسكين صدقة وهي إذا كانت على ذي الرحم ثنتان صدقة وصلة

"Bersedekah kepada orang miskin itu ialah suatu sedekah; sedangkan sedekah itu apabila diberikan kepada kerabat berupa dua : sedekah dan hubungan keluarga".
[ H.R.Ahmad dan At-Tarmizi ]

  • Jauh dari membangkit-bangkit pemberian dan menyakitkan hati, berdasarkan firman Allah :
قَوْلٌ مَعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِنْ صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذً

"Perkataan yang baik dan kemaafan lebih baik daripada sedekah diikuti dengan menyakitkan hati".
[ Al-Baqarah : 263 ]


SUMBER 
Abdullah Al-Qari b. Haji Salleh

No comments:

Post a Comment