Wednesday 26 June 2013

FADILAT SEDEKAH



Firman Allah SWT :

Mafhumnya : 

"Perbandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya di jalan Allah, adalah sebanding sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir; pada setiap butirnya (dapat pula) melahirkan seratus biji. Sedang Allah (boleh) melipatgandakan (ganjaran) kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Luas (kurnianya dan pemberianNya) lagi Maha Mengatahui."
(Al-Baqarah : 26)

Tafsiran mengatakan bahawa dengan perbandingan ini Allah hendak melipatgandakan pahala kepada orang-orang yang bersedekah; dan sesungguhnya siapa yang berbelanja di jalan Allah dan menggunakan harta di jalan-jalan kebaikan, maka sesungguhnya kebaikan itu akan digandakan daripada sepuluh kebaikan kepada tujuh ratus ganda; dan Allah menggandakan (menambahkan lagi pergandaan) kepada siapa yang Dia kehendaki menurut kemampuan orang yang berbelanja dan kegemarannya kepada simpanan yang ada di sisi Allah; dan juga berdasarkan (tingkat) keikhlasan niat.

Bersedekah itu merupakan suatu amalan yang disanjungi Allah Ta'ala:


Mafhumnya:

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka Yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh Yang baik). dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa Yang kamu lakuka
(Al-Baqarah: 271)

Sedekah itu membersihkan tuanya daripada segala dosa berdasarkan firman Allah:


Mafhumnya:

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
 (At-Taubah:103)


Sedekah itu akan menambahkan harta; dan tidaklah dia akan menguranginya, di mana Allah telah berfirman:

Mafhumnya:

Dan apa jua Yang kamu dermakan dari harta Yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
(Al-Baqarah:272)



Antara faedah-faedah bersedekah ialah:

  • Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan miskin terhadap golongan berharta dan kaya.
  • Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.
  • Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan akan hilanglah kecelakaan.
  • Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan. Ini menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat
  • Sesungguhnya sedekah itu merupakan suatu sebab bagi meluaskan rezeki, memanjangkan umur dan menolak bala-bencana,

HADIS-HADIS TENTANG KELEBIHAN BESEDEKAH


  • باكروا بالصدقة فإن البلاء لا يتخطى الصدقة
"Bersegeralah kamu untuk bersedekah;kerana sesungguhnya bala-bencana itu tidak lah akan melangkah (melintasi) sedekah.''
[H.R.Al-Baihaqi; Marfuu']



  •  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الساعي على الأرملة والمسكين كالمجاهد في سبيل الله كالقائم لا يفتر وكالصائم لا يفطر


Maksudnya : Orang yang mengusahakan bantuan ( pertolongan ) bagi ganda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang yang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
( Hadis Riwayat : Imam Bukhari )

  • قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : حصنوا أموالكم بازكاة، وداووا مرضاكم بالصدقة، وأعد للبلاء الدعاء

Maksudnya : Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit ( dari kalanganmu ), dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
( Hadis Riwayat : Imam Ath-Thabrani )


SUMBER
hrc.eng.upm.edu.my/_tazkirah/4-sedekah.pdf.
Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh


No comments:

Post a Comment